Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat memasuki Taman Midah kerana kerja-kerja pembaikan jalan. Bas akan membuat lencongan dari Taman Jaya (Utara) ke Sekolah Kebangsaan Taman Midah.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Taman Midah (Utara)
2) Taman Midah (Barat)
3) SK Taman Midah
4) Pusat Komersial Taman Midah
Laluan yang terlibat adalah T402. Segala kesulitan amat dikesali.