Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat kabel elektrik telah jatuh di Dewan Desa Bakti dan menyebabkan halangan jalan. Bas akan dilencongkan ke Lebuhraya Jalan Ipoh dan kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Dewan Desa Bakti
2) Flat Taman Wilayah Selayang
3) Masjid Al-Zakirin
4) Pangsapuri Taman Sri Murni (Selatan)
5) Pangsapuri Taman Sri Murni – Lakepark Residence
6) Pasar Borong KL
7) 99 Wonderland Park
Laluan yang terlibat adalah Laluan T152. Segala kesulitan amat dikesali.