_

Info: Penutupan Jalan (Laluan SA04)

Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan terdapat penutupan jalan di Persiaran Permai Seksyen 7, Shah Alam disebabkan kerja-kerja pembinaan LRT3. Bas akan dilencongkan ke Jalan Plumbum 7/100, Persiaran Bestari, Jalan Plumbum 7/98 dan Jalan Plumbum 7/99.

Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Midlands Convention Centre (Opp) Pers Permai
2) I City Park Jln Plumbum
3) Masjid Seksyen 7 Pers Bestari
4) SK Seksyen 7 (Opp) Pers Bestari
5) Pangsapuri Nilam Sari (Opp) Pers Bestari
6) Tasik Seksyen 7 Pers Bestari
7) Hospital Shah Alam (Opp) Pers Kayangan
8) UITM Shah Alam (Barat) Pers Kayangan

Laluan yang terlibat adalah laluan SA04. Segala kesulitan amat dikesali.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search