Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan berhampiran Bulatan Beringin menghala ke LRT Gombak disebabkan kerja-kerja pembinaan. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Ipoh dan kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) SL289 Taman Selayang Segar
2) SL290 Taman Selayang Indah
3) SL536 Selayang Baru (Utara)
4) SL43 Perumahan Selayang Baru
5) SL44 Balai Polis Selayang Baru
6) SL83 Kompleks Sri Siantan (Opp)
7) SL482 SMK Taman Selayang (Opp)
8) SL85 SK Taman Selayang (Opp)
9) SL86 Petronas Dataran Selayang
10) SL87 Masjid Al-Amaniah
Laluan yang terlibat adalah MPS1. Segala kesulitan amat dikesali.