Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di kedua arah Terowong SMART, Jalan Chan Sow Lin disebabkan kerja-kerja pembaikan jalan. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Sungai Besi menuju ke Bulatan Loke Yew.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) KL807 Toyota Sungai Besi, Jalan Chan Sow Lin
2) KL2205 Perindustrian Trisegi, Jalan Chan Sow Lin
3) KL2201 Hyundai Services (OPP), Jalan Chan Sow Lin
4) KL809 Percetakan Nasional, Jalan Chan Sow Lin
5) KL2207 LRT Chan Sow Lin, Jalan Chan Sow Lin
Laluan yang terlibat adalah Laluan 590. Segala kesulitan amat dikesali.