Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan terdapat penutupan jalan di Kampung Segambut Dalam, Segambut disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti tersebut bermula 26 Jun 2021 sehingga 9 Julai 2021. Bas akan membuat lencongan dari Hab Lin Ho melalui Tan Chong Motor menuju Lebuhraya DUKE dan kembali ke Hab Desa Sri Hartamas. Manakala, bas dari Hab Desa Sri Hartamas akan melalui Lebuhraya DUKE menuju Bulatan Segambut dan Tan Chong Motor.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Masjid Al-Ubudiah
2) Rumah Panjang
3) Kampung Segambut Dalam (Selatan)
4) Kiara Kondo
5) Impian Villas
6) Residensi Sefina, Jln Kiara 3
7) Trinity Pentamont, Jln Kiara 3
8) Kiara 1888, Jln Kiara 3
9) Casa Kiara, Jln Kiara 3
10) Garden International School, Jln Kiara 3
11) Lanai Kiara (Opp), Jalan Kiara 3
12) Flora Murni Residence
Laluan yang terlibat adalah 190. Segala kesulitan amat dikesali.