Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di Dataran Merdeka, Jalan Raja oleh pihak berkuasa. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Kuching ke Jalan Kinabalu untuk kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Dataran Merdeka
2) Muzium Tekstil Negara
3) Medan Pasar
Laluan yang terlibat adalah Laluan 171, 173, 202, 220 & 250. Segala kesulitan amat dikesali.