Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan terdapat penutupan jalan oleh PDRM di persimpangan Cosway, Jalan Raja Chulan hala ke Bukit Bintang. Bas akan membuat lencongan ke Jalan Sultan Ismail dan meneruskan perjalanan ke Jalan P. Ramlee.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1)KL83 Menara Cosway (1004239)
2)Fahrenheit88, Jln Bukit Bintang (1008314)
3)KL86 MRT Bukit Bintang/HSBC Jln Sultan Ismail (1000958)
4)KL9 Wisma Boustead (1001998)
5)KL11 Wisma MPI, Jln Raja Chulan (1008254)
Laluan yang terlibat adalah GO KL Laluan Ungu. Segala kesulitan amat dikesali.