Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19 kerana terdapat kenderaan awam parkir di kiri dan kanan jalan. Bas akan membuat lencongan dari Persiaran Jubli Perak ke Jalan Nelayan dan kembali ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui :
1) Dewan Besar Tanjung, Jalan Gelora 19/46
2) Kuarters Pendidikan Seksyen 19 – Jln Gelora 19/46
Laluan yang terlibat adalah SA03. Segala kesulitan amat dikesali.