Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan Gelora 19/45, Shah Alam disebabkan terdapat kereta awam parkir di sebelah kiri dan kanan bahu jalan berdekatan Klinik Kesihatan Seksyen 19. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Persiaran Jubli Perak dan kembali ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Dewan Besar Tanjung, Jalan Gelora 19/46
2) Kuarters Pendidikan Seksyen 19, Jalan 19/45
3) Kuarters MBSA Seksyen 20, Jalan Singa 20/1
Laluan yang terlibat adalah Laluan SA03. Segala kesulitan amat dikesali.