Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan 19/46, Seksyen 19 kerana terdapat kenderaan awam parkir di kiri dan kanan jalan disebabkan aktiviti pasar malam. Bas akan dilencongkan melalui Jalan Jubli Perak menghala ke Persiaran Tengku Ampuan dan kembali ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Dewan Besar Tanjung, Jln Gelora 19/46
2) Kuarters Pendidikan Seksyen 19
3) Kuarters MBSA Seksyen 20
Laluan yang terlibat adalah Laluan SA03. Segala kesulitan amat dikesali.