Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Jalan Gelora 19/46, Seksyen 19 kerana terdapat kenderaan awam parkir di kiri dan kanan jalan. Bas akan membuat lencongan melalui Persiaran Jubli Perak dan Jalan Nelayan untuk kembali semula ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Dewan Besar Tanjung, Jalan Gelora 19/46
2)Kuarters MBSA Seksyen 19, Jalan 19/45
Laluan yang terlibat adalah Laluan SA03. Segala kesulitan amat dikesali.