Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa terdapat penutupan jalan di hadapan Perbadanan Putrajaya disebabkan terdapat pemasangan khemah. Bas akan dilencongkan ke Jalan Permodenan dan kembali ke laluan asal.
Hentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) PPJ42 Perbadanan Putrajaya (Selatan)
2) PPJ43 Perbadanan Putrajaya (Utara)
Laluan yang terlibat adalah Laluan P107. Segala kesulitan amat dikesali.