Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bahawa bas tidak dapat melalui Terowong Lebuhraya Pantai Baru disebabkan terdapat kemalangan. Bas akan dilencongkan ke Persiaran Tujuan menghala ke Persiaran Kemajuan untuk kembali ke laluan asal.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) SJ51 Balai Bomba SS17 (Selatan)
2) SJ52 LRT SS15
3) SJ698 First Subang
Laluan yang terlibat adalah 771. Segala kesulitan amat dikesali.