Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan bas tidak dapat melalui Jalan 1/26, Taman Sri Rampai disebabkan kenderaan awam diletakkan di kiri kanan jalan. Bas akan dilencongkan melalui Jalan 26/26 untuk ke LRT Sri Rampai.
Perhentian bas yang tidak dapat dilalui:
1) Wisma FELCRA
2) PPR Desa Rejang
3) Medan Selera D’Rejang
4) Masjid Abu Ubudiah
5) Wisma Rampai
6) Rampai Court
Laluan yang terlibat adalah GO KL laluan Coklat. Segala kesulitan amat dikesali.