Search
Close this search box.

_

HARI MALAYSIA: KERETAPI SARONG 2023 UMUM LOKASI RAHSIA

Siap sedia untuk acara tahunan sambutan Hari Malaysia di lokasi rahsia untuk momen yang lebih bermakna tahun ini #KeretapiSarong2023

KUALA LUMPUR, 11 September — Menjelang berlangsungnya acara Keretapi Sarong 2023 (KS2023) dalam lima hari sahaja lagi, LOCCO – sebuah organisasi yang membantu mempromosikan aktiviti kebudayaan menerusi penganjuran Keretapi Sarong sejak 2017 ini mengumumkan lokasi rahsia untuk acara tahunan itu hari ini!

Bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KS2023 tahun ini turut mendapat sokongan Rakan Kerjasama Utama iaitu Rapid KL — syarikat sistem pengangkutan awam yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad dan dioperasikan oleh anak-anak syarikatnya, Rapid Rail & Rapid Bus.

Pengarah Program KS2023, Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, “Pada 16 September, rakyat Malaysia bersama-sama pelancong luar negara yang terlibat secara tidak langsung akan memulakan perjalanan keretapi mereka dalam suasana ‘flash mob’ menikmati pandangan kota di sekitar Lembah Klang.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat yang paling ikonik dan bersejarah di negara ini – Dataran Merdeka! Pemilihan lokasi dibuat berikutan luas kawasan yang boleh dihadiri lebih ramai pengunjung, sekaligus dapat juga hadir Festival Permainan Malaysia, anjuran JKKN yang berlangsung serentak.

“Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan keretapi yang berlepas dari stesen-stesen terpilih. Memandangkan kita menjangkakan jumlah orang yang hadir yang lebih ramai tahun ini, kita meramalkan ‘flash mob’ dengan pakaian Sarong dan etnik juga akan lebih meriah.

“Acara ini terlaksana melalui jalinan kerjasama rakyat Malaysia yang bersemangat dan cintakan budaya, bersama-sama barisan penaja kami yang percaya pada kuasa perpaduan melalui semangat Hari Malaysia.”

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan berkata, “Saya berharap Rapid KL akan berpeluang untuk meneruskan kerjasama dengan LOCCO untuk acara Keretapi Sarong yang akan datang. Kami akan memberikan sokongan pada acara Sabtu ini dengan memastikan perjalanan yang lancar, selesa dan selamat buat peserta – peserta Keretapi Sarong 2023.”

Wonda, selaku penaja utama KS2023 berkata, “Selaku jenama yang meraikan kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia, KSS2023 bekerjasama dengan Wonda Coffee untuk tahun ini sebagai penaja utama. Bukanlah suatu perkara asing menyatukan rakyat Malaysia dengan Malaysian Original Taste minuman Wonda Kopi Tarik. Wonda Malaysia akan bekerjasama dengan KS2023 untuk meraikan Hari Malaysia.”

Dengan tema “Etnik” tahun ini, dianggarkan lebih kurang 10,000 orang dari budaya dan komuniti akan menyertai KS2023 yang turut mempamerkan persembahan budaya yang memukau, termasuk tarian tradisional, muzik, dan sesi penceritaan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang identiti negara yang berbilang budaya dan bangsa.

Sambutan unik dan bertenaga ini akan berlangsung pada 16 September di pelbagai bandar dan stesen yang terlibat termasuk Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT), menjanjikan hari yang penuh dengan budaya, perpaduan, dan keseronokan.

‘Flash mob’ ini terdiri daripada lebih daripada 20 kumpulan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award, KL Sketch Nation, Street Meet, UITM Shah Alam, dan DBP.

Tahun ini, acara ‘flash mob’ juga akan berlangsung serentak di bandar-bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).

Penganjuran KS2023 juga ditaja bersama oleh Bulan Bintang, AirAsia, Kahf, Wardah, Emina, Mr D.I.Y, Momo’s Kuala Lumpur, The Chow Kit (sebuah hotel Ormond), GoCar, M&Ms, KLIA Transit, Kedey Kamek, Santa Grand Signature, dan Grand Classic, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut mengenai Keretapi Sarong, ikuti dan dapatkan lebih banyak maklumat dengan mengikuti kemas kini media sosial kami seperti berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/locco.my

Laman web: www.locco.com.my

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App