Search
Close this search box.

_

GANGGUAN TEKNIKAL JEJAS PERKHIDMATAN MRT LALUAN KAJANG

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2023 – Operasi perkhidmatan MRT Laluan Kajang telah mengalami kelewatan awal malam ini disebabkan insiden tren yang mengalami gangguan teknikal.

Tren bernombor 40 dan 54 mengalami masalah sistem tekanan angin di Stesen Tun Razak Exchange menghala ke Kajang pada jam 6.38 petang dan di Stesen Pasar Seni menghala ke Kajang pada jam 7.34 petang.

Sebahagian daripada ciri keselamatan tren MRT Laluan Kajang, tekanan angin yang rendah akan menyebabkan tren berhenti kerana fungsi utama sistem tekanan angin di dalam tren adalah untuk melaksanakan sistem brek dan membekalkan angin untuk sistem suspensi.

Tren bernombor 04 telah berhenti akibat sistem pengesan halangan atau “obstacle detection” yang diaktifkan. Ia berlaku di Stesen Taman Pertama menghala ke Kajang pada jam 8.26 malam. Gangguan ini menyebabkan beberapa stesen mengalami kesesakan di platform kerana semua pergerakan tren terpaksa bergerak dengan kelajuan lebih perlahan.

Untuk makluman, tren-tren MRT dilengkapi sistem keselamatan yang tinggi dimana tren akan berhenti sekiranya terdapat gangguan pada mana-mana sistem atau mengesan sebarang aktiviti tidak normal.

Pasukan kejuruteraan Rapid Rail telah segera ke lapangan untuk menjalankan kerja-kerja baikpulih bagi mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

Tren-tren yang terlibat telah di bawa keluar dari perkhidmatan dan akan diperiksa secara teliti agar perkara yang sama tidak berulang lagi. Operasi MRT Laluan Kajang telah pulih pada kekerapan normal secara berperingkat bermula jam 9.01 malam.

Anggota Polis Bantuan tambahan telah ke stesen-stesen yang terlibat bagi mengawal keadaan kesesakan di stesen dan platform.

Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan yang dialami.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App