KUALA LUMPUR, 3 November – Operasi perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya telah mengalami kelewatan pada pagi ini disebabkan masalah teknikal pada sistem semboyan yang berlaku antara stesen LRT Taman Bahagia dan Stesen Ara Damansara menghala ke Putra Heights.
Gangguan pada sistem semboyan kawalan tren tersebut menyebabkan perkhidmatan tren antara Taman Bahagia dan Ara Damansara menuju arah Putra Height perlu dipandu secara manual dan bergerak lebih perlahan.
Situasi ini telah menyebabkan tren mengalami kelewatan jadual perjalanan dan akan berhenti lebih lama di stesen-stesen tertentu.
Pengumuman menerusi platform media sosial Rapid KL dan di stesen telah dilakukan untuk makluman pengguna.
Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan dilokasi. Operasi dijangka pulih selepas waktu puncak pagi.