Search
Close this search box.

_

GANGGUAN SUIS LANDASAN JEJAS JADUAL PERKHIDMATAN LALUAN MONOREL

-Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan

KUALA LUMPUR, 19 Julai 2024 – Rapid Rail ingin memaklumkan bahawa operasi perkhidmatan Laluan Monorel Kuala Lumpur (Monorel KL) sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan masalah teknikal pada suis landasan berhampiran Stesen KL Sentral yang dilaporkan berlaku pada jam 6.35 pagi.

Pasukan kejuruteraan Rapid Rail sedang berada di lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih untuk mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara percuma bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan seperti berikut;
• Tren ulang alik di antara Stesen Tun Sambathan dan Hang Tuah.
• Tren ulang alik di antara Stesen Hang Tuah dan Bukit Nanas.
• Tren ulang alik di antara Stesen Bukit Nanas dan Titiwangsa.
• Bas perantara percuma di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Tun Sambathan.

Pengguna juga boleh menggunakan laluan rel alternatif yang terhubung dengan laluan monorel di stesen-stesen berikut;
• KL Sentral – MRT Muzium Negara & LRT KL Sentral
• Hang Tuah – LRT Hang Tuah
• Bukit Bintang – MRT Bukit Bintang
• Bukit Nanas – LRT Dang Wangi
• Titiwangsa – MRT & LRT Titiwangsa

Pengumuman di stesen dan di dalam tren turut dibuat secara berkala. Pengguna disarankan untuk merujuk kepada pegawai stesen dan polis bantuan sekiranya memerlukan sebarang bantuan.

Rapid Rail mohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna ekoran daripada gangguan.

Pihak kami akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai kerja-kerja baik pulih dan status jadual perjalanan menerusi platform media sosial Rapid KL.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App