Search
Close this search box.

_

GANGGUAN PERKHIDMATAN MRT LALUAN PUTRAJAYA: PERKHIDMATAN TREN DAN BAS ALTERNATIF DIAKTIFKAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali kepada perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya ingin memaklumkan
bahawa perkhidmatan tren sedang mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi laluan berikut:
Tren Perantara : Stesen Kwasa Damansara – Stesen Chan Sow Lin
Bus Perantara : Stesen Chan Sow Lin – Stesen Putrajaya Sentral

Pengguna yang ingin membatalkan perjalanan boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala di kaunter khidmat pelanggan dan perlu digunakan dalam masa lima hari bermula hari ini.

Jurutera Rapid Rail sedang giat mengenal pasti punca yang menyebabkan gangguan ini. Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang.

Sila dapatkan perkembangan terkini mengenai status perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya menerusi platform media sosial Rapid KL.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App