Search
Close this search box.

_

GANGGUAN PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA: KERJA-KERJA BAIK PULIH GIAT DIJALANKAN

  • Perkhidmatan Tren Perantara Diaktifkan Di Antara Stesen Gombak danStesen Wangsa Maju
  • Perkhidmatan Bas Perantara Percuma Disediakan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih komponen landasan di antara Stesen Wangsa Maju dan Sri Rampai sedang giat dijalankan oleh pasukan teknikal Rapid Rail. 

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 10.20 pagi itu, berpunca daripada aliran air hujan luar biasa dari kawasan sekitar dan telah memasuki landasan yang terletak di aras tanah serta merosakkan beberapa komponen di trek. 

Pihak operasi terpaksa menghentikan bekalan kuasa di kawasan terbabit bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan baik pulih dijalankan. Perkhidmatan tren perantara diaktifkan di antara Stesen Gombak dan Stesen Wangsa Maju, manakala tren dari arah Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Wangsa Maju. 

Perkhidmatan bas perantara percuma disediakan sebanyak 12 buah dengan kekerapan setiap 15 minit bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan. 

Rapid Rail akan memaklumkan perkembangan status perkhidmatan pada jam 3.00 petang ini. Kami berharap agar kerja-kerja baik pulih ini dapat diselesaikan sebelum waktu puncak petang. 

Kakitangan operasi dan Polis Bantuan tambahan telah ditempatkan di stesen berkenaan bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas. 

Pengumuman berterusan dibuat menerusi media sosial Rapid KL, di semua stesen dan di dalam tren untuk makluman penumpang. 

Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan masing-masing serta merujuk media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat berkenaan status perkhidmatan terkini perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App