Search
Close this search box.

_

GANGGUAN PERKHIDMATAN JEJAS JADUAL PERJALANAN MRT LALUAN KAJANG

KUALA LUMPUR, 28 September 2022 – Operasi perkhidmatan MRT Laluan Kajang telah mengalami kelewatan pada pagi ini disebabkan masalah teknikal yang dihadapi tren nombor 50 ketika menghampiri Stesen MRT Cochrane menghala ke Kwasa Damansara.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8.30 pagi ini, menyebabkan tren tersebut terkandas ketika menghampiri Stesen MRT Cochrane dan turut mengakibatkan kesesakan di platform- platform yang menghala ke Kwasa Damansara.

Selepas kesemua penumpang dikeluarkan, tren tersebut telah di bawa keluar dari perkhidmatan dan operasi MRT Laluan Kajang telah pulih pada kekerapan normal secara berperingkat bermula jam 8.55 pagi.

Pengumuman menerusi platform media sosial Rapid KL dan di stesen telah dilakukan untuk makluman pengguna.

Pihak Rapid Rail memohon maaf atas tempoh menunggu yang lebih lama dan gangguan perkhidmatan yang berlaku pagi ini.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App