Search
Close this search box.

_

GANGGUAN LRT KELANA JAYA AKIBAT KOMPONEN SISTEM PIES DISAMBAR PETIR

KUALA LUMPUR, 29 November 2022 – Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya memohon maaf kepada pengguna yang mengalami kesulitan akibat gangguan teknikal yang berlaku pada jam 5.46 petang tadi.

Gangguan ini berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau ‘Platform Intrusion Emergency Stop’ (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba disyaki telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.

Kakitangan teknikal sedang berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Akibat daripada gangguan tersebut, semua tren yang melalui kawasan tersebut terpaksa dipandu secara manual. Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform berlaku di beberapa stesen.

Perkhidmatan bas perantara percuma telah disediakan bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

Kakitangan operasi dan Polis Bantuan telah ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

Pengumuman menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren telah dilakukan untuk makluman pengguna.

Language:

Search