Search
Close this search box.

_

GANGGUAN BEKALAN KUASA JEJAS PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA ANTARA STESEN LRT AMPANG PARK DAN STESEN LRT MASJID JAMEK

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2023 – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya sedang mengalami gangguan akibat masalah bekalan kuasa melibatkan lima stesen bawah tanah antara stesen LRT Ampang Park dan Stesen LRT Masjid Jamek.

Gangguan yang dilaporkan berlaku jam 7.50 malam ini menyebabkan fasiliti seperti lif, eskalator dan lampu tidak dapat berfungsi di stesen-stesen terlibat.

Pihak operasi telah mengaktifkan perkhidmatan rel alternatif dimana semua tren dari arah Putra Heights berpatah balik di Stesen LRT Pasar Seni, manakala tren dari arah Gombak berpatah balik di Stesen LRT Damai.

Buat masa ini kerja-kerja mengenal pasti punca gangguan sedang giat dijalankan.

Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna. Pengumuman dari masa ke semasa akan dibuat menerusi saluran media sosial Rapid KL dan pengumuman di stesen.

Language:

Search