Search
Close this search box.

_

EKSPLORASI MERDEKA RAPID KL BANGKIT SEMANGAT MERDEKA DI KALANGAN WARGA KOTA

 • Edisi ketiga EMRKL menarik penyertaan 200 kumpulan dengan 800 peserta menjiwai semangat Hari Kebangsaan ke-67

Penganjuran EMRKL 3.0 adalah juga bersempena dengan ulang tahun Rapid KL yang ke-20

KUALA LUMPUR, 24 Ogos 2024 – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sekali lagi menganjurkan Eksplorasi Merdeka Rapid KL (EMRKL) pada hari ini, dengan penyertaan hampir 200 kumpulan dengan sejumlah 800 orang peserta yang hadir menjiwai semangat Hari Kebangsaan.

Edisi ketiga EMRKL ini (EMRKL 3.0) adalah lebih bermakna kerana di samping penganjurannya bersempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-67, ia juga adalah sebahagian daripada acara sambutan ulang tahun Rapid KL yang ke-20.

EMRKL 3.0 sekali lagi menampilkan aktiviti-aktiviti yang membawa peserta mengimbau serta menyelami budaya dan sejarah kemerdekaan negara selari dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka”, dengan diselitkan juga imbasan penubuhan Rapid KL.

Berlatarbelakangkan Dataran Muzium Negara yang merupakan lambang sejarah dan warisan negara, peserta-peserta EMRKL 3.0 telah dilepaskan untuk menjelajah rangkaian rel dan bas Rapid KL bagi melaksanakan tugasan-tugasan yang menguji pengetahuan tentang budaya dan sejarah Malaysia.

Tugasan-tugasan tersebut harus diselesaikan di enam (6) ‘check-point’ yang terletak di beberapa lokasi terpilih sepanjang jajaran Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel, Transit Aliran Massa (MRT), dan bas Rapid KL di sekitar ibukota.

Di akhir eksplorasi, pemenang serta peserta telah pulang dengan hadiah wang tunai dan hadiah-hadiah menarik bernilai hampir RM15,000.

Acara tahunan pada kali ini telah dianjur dengan hasil kerjasama di antara Prasarana dengan Jabatan Muzium Negara dan MRT Corp, serta sokongan barisan penaja seperti Blood, Ribena, Yeo’s, Nasi Lemak Saleha, Mosi Guard, Pharmaton, Sunway Lagoon dan Chek Hup.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App