Search
Close this search box.

_

DUA DEKAD MENGENDALIKAN PENGANGKUTAN AWAM DI LEMBAH KLANG: RAPID KL ANJUR PAMERAN SEJARAH, PENCAPAIAN, DAN EVOLUSI 

PETALING JAYA, 6 Oktober 2024 – Sempena meraikan dua dekad pengoperasian Rapid KL di Lembah Klang, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menganjurkan pameran yang memaparkan evolusi dan transformasi pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL. 

Semua potret kejayaan dan inisiatif Rapid KL sepanjang dua dekad akan dipaparkan dalam pameran dan sambutan ulang tahun yang bakal berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 haribulan November 2024 bertempat di Raintree Plaza, Tun Razak Exchange (TRX), dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, “Sambutan ulang tahun ini bukan hanya menandakan perjalanan kami sebagai penyedia perkhidmatan awam, tetapi juga sebagai sebahagian daripada hidup warga kota yang mempercayai kami setiap hari.” 

Mengimbas kembali perjalanan dua dekad ini, Rapid KL terus komited dalam memperkukuh kesalinghubungan pengangkutan awam di Lembah Klang. Pelbagai inisiatif dan pencapaian yang dilaksanakan telah memberi impak besar kepada kehidupan warga kota, menjadikan perjalanan harian mereka lebih mudah dan selesa. 

Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti pengunjung seperti pameran sejarah Rapid KL, pameran Projek LRT Laluan Shah Alam (LRT3), reruai Pemeriksaan Awam MRT3, serta reruai rakan-rakan strategik Pas MyTourist. Bagi anda yang sedang mencari peluang pekerjaan, pameran ini turut menyediakan reruai kerjaya bersama Kumpulan Prasarana, di mana kakitangan bahagian modal insan akan bersedia untuk berkongsi maklumat dan membantu anda di sana. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti dan permainan tradisional lain seperti program MyRapid Junior, Malam Muzik Rapid KL, Akustik Bersama Rapid KL, dan Pesta Makanan Rapid KL melibatkan 49 gerai makanan dan minuman daripada peniaga tempatan yang mengukuhkan lagi dedikasi Rapid KL terhadap inisiatif Rapid KL Support Lokal. 

“Kami menjemput semua warga kota untuk mengambil kesempatan ini bersama-sama mengimbas kembali evolusi Rapid KL serta mengunjungi pameran dan reruai yang disediakan. Anda digalakkan menaiki perkhidmatan MRT ke Stesen TRX untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menikmati perjalanan yang lebih lancar”, ujar Azharuddin lagi.

Pameran-pameran tersebut bertujuan sebagai peringatan dan menunjukkan Rapid KL komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, memenuhi keperluan perjalanan warga Lembah Klang, dan menyokong gaya hidup lestari dengan menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang mesra pengguna dan mampan. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App