Search
Close this search box.

_

DATO’ SRI TAJUDDIN BUAT LAWATAN KERJA KE BRT SUNWAY

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman hari ini membuat lawatan kerja ke BRT Laluan Sunway sambil menyertai program anjuran Divisyen Modal Insan Kumpulan untuk mengedarkan bingkisan Aidil Fitri kepada semua staf bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Tuan Haji Muhammad Yazurin Sallij dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Sdn Bhd, Encik Ku Jamil Zakaria untuk program berkenaan, Dato’ Sri Haji Tajuddin telah diberikan taklimat mengenai operasi perkhidmatan bas oleh Ketua BRT, Puan Ruslina Kamaruddin.

Dilancarkan pada 1 Jun 2015, perkhidmatan BRT Laluan Sunway adalah satu catatan sejarah nasional kerana merupakan perkhidmatan bas rapid transit yang pertama di negara ini di samping menjadi perkhidmatan bas henti-henti pertama yang menggunakan bas elektrik sepenuhnya. Ia juga diraikan oleh Malaysia Book of Records sebagai perkhidmatan bas pertama yang menggunakan laluan bertingkat khusus atau ‘dedicated guideway’ di rantau Asia Tenggara.

Dibina di bawah program Kerjasama Sektor Awam dan Swasta atau Public-Private Partnership dengan Kumpulan Sunway, perkhidmatan BRT bukan sekadar menyediakan penyelesaian untuk masalah trafik di sekitar Bandar Sunway, ia turut menyediakan memberikan kemudahan kesinambungan atau ‘connectivity’ dengan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen USJ7 dan dengan perkhidmatan KTM Komuter di Stesen Setiajaya. Beroperasi dengan 15 bas elektrik, perkhidmatan BRT – Laluan Sunway kini mengendalikan secara purata 12,547 penumpang sehari.

Pada lawatan itu, Dato’ Sri Tajuddin turut melawat Pusat Kawalan BRT, yang memantau pergerakan bas dengan kemudahan berkomunikasi secara langsung dengan Kapten Bas. Beliau turut melawat ruang depot di mana telah diberi taklimat mengenai kerja-kerja penyelanggaraan dan kerja-kerja mencaj bateri bas.

Bersempena Aidil Fitri, Dato’ Sri Tajuddin turut mengedarkan bingkisan Hari Raya kepada staf-staf dan para penumpang, yang beliau temui ketika dibawa menaiki BRT mengelilingi laluan sepanjang 5.4km itu. Ini adalah pengalaman pertama Dato’ Sri Tajuddin menggunakan perkhidmatan berkenaan sejak ia diperkenalkan lima tahun lepas.

Seperti perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana, BRT Laluan Sunway turut melaksanakan dengan ketat arahan pematuhan penjarakan sosial dengan membenarkan hanya sehingga 30 penumpang dalam bas pada satu-satu masa. Ini berbanding dengan kapasiti sebenarnya seramai 67 penumpang untuk bas berkenaan.

Seperti perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana, BRT Laluan Sunway turut melaksanakan dengan ketat arahan pematuhan penjarakan sosial dengan membenarkan hanya sehingga 30 penumpang dalam bas pada satu-satu masa. Ini berbanding dengan kapasiti sebenarnya seramai 67 penumpang untuk bas berkenaan.

Language:

Search