Search
Close this search box.

_

BUKTI KONSEP PERKHIDMATAN BAS SKIP STOP XPRESS DI SAMBUNG LAGI!

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – Bukti konsep (Proof of Concept – POC) perkhidmatan bas Skip Stop Xpress (DS01) yang membawa penumpang dari LRT Ampang terus ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Ampang Park kini dilanjutkan sehingga 14 April 2023.

Kadar penumpang harian yang sangat memuaskan serta sambutan yang amat menggalakkan ini yang meyakinkan pihak pengurusan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), operator perkhidmatan bas awam Rapid KL untuk melanjutkan tempoh POC ini. Tambang bagi perjalanan sehala masih dikekalkan pada kadar RM1.90.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij menyatakan perkhidmatan Skip Stop Xpress ini adalah sebahagian dari kajian awal bagi mengumpul data untuk penambahbaikan jangka panjang dan secara bersepadu bagi meningkatkan mutu perkhidmatan Rapid KL dari kawasan Ampang ke arah pusat bandar,” jelas Yazurin.

Kawasan Ampang yang kini semakin padat amat memerlukan satu jaringan pengangkutan awam yang lebih baik, supaya warga komuniti yang tinggal di Ampang dapat ke pusat bandar dengan lebih mudah dan cepat. Rapid Bus telahpun menjalankan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah ini bersama.

“Kami menyeru agar lebih ramai warga sekitar Ampang mengambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan bas Skip Stop Xpress ini, untuk ke pusat bandar. Perjalanan yang mudah serta menjimatkan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan harian mereka, kerana mereka tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk petrol, tol serta parkir setiap hari. Dengan menaiki pengangkutan awam, orang ramai juga boleh menyumbang kepada pengurangan pengeluaran gas karbon di Lembah Klang. Jangan tunggu lagi. #JomNaikBas!” tambah beliau.

Perkhidmatan bas Skip Stop Xpress ini beroperasi pada Isnin hingga Jumaat, dengan bas pertama beroperasi seawal 6.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang sehingga 7.15 malam bagi waktu puncak petang.

Rapid Bus mensasarkan untuk meneruskan perkhidmatan bas Skip Stop Xpress di LRT Ampang ini sebagai operasi normal setelah POC berakhir nanti. Selain Ampang, Rapid Bus juga akan mempertimbangkan POC ini di lokasi-lokasi lain.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App