_

BUBUR LAMBUK ERATKAN HUBUNGAN PRASARANA DENGAN KOMUNITI SETEMPAT

PETALING JAYA, 15 MAC – Selain buah kurma yang amat sinonim dengan bulan Ramadan, bubur lambuk juga merupakan juadah yang popular setiap kali tibanya bulan yang penuh berkah. Keenakan aroma dan citarasa yang memikat menjadikan ia juadah popular di kalangan penggemar.

Sempena bulan mulia ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menerusi program Prasarana Prihatin dengan kerjasama Persatuan Wanita Berdaya Lembah Subang 1 (WBLS) telah mengambil inisiatif dalam penganjuran Program Kawah Bubur Lambuk bagi mengeratkan hubungan dengan komuniti serta memupuk semangat kebersamaan.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan melalui jalinan erat bersama komuniti setempat, khususnya penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR).

Ketua Pegawai Operasi MRT Rapid Rail, Ir Arnizan Ariffin berkata, “kami terpanggil untuk mengadakan program gotong-royong memasak bubur lambuk bersama komuniti PPR Lembah Subang 1 kerana komuniti ini amat rapat dan dekat di hati Prasarana. Ia ditambah dengan lokasi PPR ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Rapid Rail dan Menara Prasarana Subang.”

“Setiap hari penduduk ini melihat operasi dan kemajuan sistem rel Laluan Kelana Jaya menerusi jendela rumah mereka.

Selain itu, ia juga mencerminkan komitmen syarikat dalam tanggungjawab korporat.” ujar Arnizan.

Program Kawah Bubur Lambuk melibatkan aktiviti penyediaan, memasak, pembungkusan, dan pengagihan bubur lambuk kepada komuniti setempat. Sebanyak 600 pek bubur lambuk telah diagihkan bermula jam 2.00 petang kepada penduduk setempat, selain pengedaran 40 set kotak makanan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wanita Berdaya Lembah Subang 1, Puan Isham Bt Romli menzahirkan penghargaan terima kasih di atas kesudian Prasarana untuk melibatkan komuniti kecil seperti WBLS dalam program yang penuh bermakna.

“Sokongan dan bantuan yang diberikan ini memberi semangat kepada wanita-wanita di WBLS, yang kebanyakannya merupakan ibu tunggal dan golongan B40, untuk terus berusaha membangunkan kehidupan mereka”. ujar Puan Isham.

Program Prasarana Prihatin adalah satu inisiatif syarikat dalam membantu komuniti dan menyumbang kepada kesejahteraan serta sosio ekonomi masyarakat setempat.

Semangat kebersamaan dan nilai murni yang diterapkan dalam program ini mencerminkan usaha kolektif dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu selaras dengan hasrat kerajaan Madani.

Prasarana amat berbesar hati untuk terus menjalankan inisiatif sebegini pada masa akan datang, dengan harapan agar manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai pihak.

Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App

Language:

Search