Search
Close this search box.

_

8 TOD, 2 PEMBANGUNAN BEKAS DEPOH BAS SANDARAN BV

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman, yang meninjau perkembangan Projek Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), Ara Sentral di Ara Damansara dekat sini hari ini, menyuarakan keyakinan bahawa TOD mampu menjadi penjana hasil yang baru untuk Kumpulan berkenaan, yang sekarang ini bergantung tinggi kepada hasil pendapatan daripada tambang yang disumbang daripada operasi rel dan bas.

TOD, atau pembangunan berorientasikan transit ialah pembangunan bercampur berdensiti tinggi yang dibina berhampiran dengan stesen-stesen Rel dengan objektif utama untuk mengalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan rel dengan tinggal, berkerja dan menjalankan aktiviti harian di sepanjang kawasan pembangunan TOD tanpa perlu mengguna kenderaan persendirian. Projek TOD di Prasarana dipacu oleh Divisyen ‘Business Venture’ (BV) Kumpulan Prasarana, yang kini mempunyai 8 projek TOD termasuk Ara Sentral di samping pembangunan bekas tanah Depoh Bas Jalan Klang Lama dan Malawati. Setiap projek prmbangunan ini dapat menjana nilai pembangunan kasar atau ‘Gross Development Value’ (GDV) di antara RM600 juta sehingga ke RM3.5 billion ringgit berdasarkan lokasi dan luas tanah.

Selain projek di Ara Sentral yang berhubung terus dengan Stesen LRT Ara Damasara dengan anggaran GDV sebanyak RM1.1 bilion, tujuh projek lain adalah di Taman Tun Dr Ismail, Dang Wangi, IOI Puchong, Awan Besar, Kelana Jaya, Glenmarie dan Brickfields, yang terletak bersebelahan dengan stesen monorel Tun Sambanthan.

Sebuah projek usahasama di antara ADS Projek Sdn Bhd (sebuah anak syarikat TRC Synergy Berhad) dan Prasarana sebagai pemilik tanah, Ara Sentral adalah projek TOD yang pertama di Selangor. Dijangka siap pada suku pertama 2022, PERLA adalah pembangunan bercampuryang terdiri dari ruang perniagaan komersial, pejabat, hotel dan apartment servis.

Dato’ Sri Tajuddin, yang diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana, Encik Muhammad Nizam Alias pada tinjauan berkenaan, berkata TOD, yang merupakan konsep yang popular dan berjaya di Jepun dan Hong Kong, adalah salah satu daripada strategi baru yang digunakan oleh Prasarana untuk meningkatkan pendapatan untuk segmen bukan tambang di samping bidang pengiklanan dan aktiviti komersial lain yang turut dipacu oleh Divisyen Business Venture. Turut bersama pada program berkenaan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Encik Abdul Hadi Amran; Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Tuan Haji Ismail Abdullah dan Ketua Jabatan TOD, Tuan Haji Firdaus Effendy Mokhtar.

TOD akan dijadikan gaya hidup baru yang dipromosikan oleh Prasarana di kalangan warga kota. Selain menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam; ianya dapat menyokong inisiatif pemeliharaan alam sekitar dengan pengurangan kenderaan persendirian dan penghasilan karbon dioksida di udara.

Pembangunan TOD juga dapat membolehkan Prasarana untuk mengoptimakan penggunaan tanah-tanah miliknya di samping memberi pulangan untuk mendapatkan balik sebahagian dari pelaburan yang telah dibuat untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan awam seperti stesen-stesen rel dan hab-hab bas.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App