Search
Close this search box.

_

WARGAKOTA DISARAN GUNA STESEN MRT PERSIARAN KLCC UNTUK MERAIKAN SAMBUTAN AMBANG MERDEKA DI KLCC

10 Stesen Rel Dilanjutkan Perkhidmatan Sehingga Jam 2 Pagi Pada Malam Ambang Merdeka 2023

KUALA LUMPUR, 29 Ogos 2023 – Bersempena acara sambutan Ambang Merdeka di KLCC, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menyeru kepada wargakota yang ingin ke acara tersebut untuk menggunakan laluan rel alternatif bagi keselesaan dan kelancaran perjalanan anda.

Selain stesen LRT KLCC, pengguna juga boleh menggunakan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya untuk ke KLCC menerusi stesen MRT Persiaran KLCC.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Amir Hamdan, Rapid Rail menyeru kepada wargakota untuk menggunakan kemudahan dan fasiliti baharu yang terdapat di stesen MRT Persiaran KLCC.

Langkah ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kesesakan yang lazimnya berlaku di stesen LRT KLCC sejurus selepas acara tamat

“Pengguna diminta menggunakan kad TnG ketika menggunakan perkhidmatan rel dan memastikan baki anda adalah mencukupi,” tambah Amir lagi

Kemudahan “park and ride” juga tersedia di stesen-stesen terpilih. Sila gunakan kad TnG yang sama digunakan ketika menaiki LRT/MRT/Monorel bagi mendapatkan kadar rata.

Sempena sambutan Ambang Merdeka 2023, Stesen LRT KLCC, Stesen MRT Persiaran KLCC dan 8 stesen rel yang lain akan dilanjutkan perkhidmatan sehingga jam 2 pagi pada 31 Ogos 2023.

Stesen rel yang dilanjutkan perkhidmatan pada malam sambutan Ambang Merdeka adalah seperti berikut;

a. Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya)
b. Stesen Ampang Park (Laluan Kelana Jaya & Laluan Putrajaya)
c. Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya)
d. Stesen Pasar Seni (Laluan Kelana Jaya & Laluan Kajang)
e. Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang & Monorel)
f. Stesen Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya & Ampang/Sri Petaling)

Semua perkhidmatan rel akan bermula pada jam 4.00 pagi pada 31 Ogos 2023 bagi memberi kemudahan kepada pengunjung yang ingin ke acara Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya.

Language:

Search