Search
Close this search box.

_

TEKNOLOGI BAS ELEKTRIK BERAUTONOMI INISIATIF MEMACU SEKTOR PENGANGKUTAN AWAM

SUBANG JAYA, 27 September 2022 – Rapid Bus Sdn Bhd (“Rapid Bus”) mensasarkan untuk menggunapakai teknologi semasa demi memacu perkhidmatan bas khususnya dan sektor pengangkutan awam amnya.

SUBANG JAYA, 27 September 2022 – Rapid Bus Sdn Bhd (“Rapid Bus”) mensasarkan untuk menggunapakai teknologi semasa demi memacu perkhidmatan bas khususnya dan sektor pengangkutan awam amnya.

Sehubungan itu, satu majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (“MoU”) antara Rapid Bus dengan eMooVit Technology Sdn Bhd (“eMooVit”) telah berlangsung di Kompleks BRT Sunway, Subang Jaya hari ini.

MoU ini membabitkan projek perintis bas elektrik berautonomi di BRT Laluan Sunway yang dijadualkan berlangsung bermula pada Oktober 2022 sehingga September 2023.

Pertukaran MoU berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, En. Muhammad Yazurin Sallij dan Ketua Pegawai Eksekutif eMoovit, Dr. Hairi Zamzuri, disaksikan oleh En. Hamidi Adam, Timbalan Setiausaha Bahagian (Darat), Kementerian Pengangkutan Malaysia.

En. Muhammad Yazurin berkata, “Rapid Bus memilih untuk menggunakan teknologi bas elektrik berautonomi ini sebagai salah satu inisiatif untuk memartabatkan sektor pengangkutan awam seiring dengan kemajuan teknologi semasa, serta mengamalkan konsep kelestarian alam sekitar.”

Pelaksanaan program perintis ini akan memberi fokus kepada penilaian kesan bas elektrik berautonomi kepada sistem pengangkutan bandar dari segi teknologi, sosial dan ekonomi.

Program ini juga bertujuan untuk menilai pengalaman pelanggan tentang perkhidmatan operasi bas optimum yang turut memberi tumpuan kepada pengurangan kadar kemalangan, kos operasi dan kebergantungan tenaga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif eMooVit, Dr Hairi Bin Zamzuri berkata, “Kami berharap dengan memperkenalkan kenderaan elektrik berautonomi ini, ia akan membawa beberapa manfaat, termasuk potensi untuk mengurangkan pelepasan CO2, penambahbaikan sistem pengangkutan dan juga pengunaan tenaga.

“Di samping itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia baru-baru ini, lebih daripada 80% kemalangan jalan raya di Malaysia disebabkan oleh kecuaian pemandu. Ini amat membimbangkan dan aspirasi kami adalah teknologi kenderaan elektrik berautonomi ini akan dapat mengurangkan kesilapan manusia,” tambah Dr Hairi.

eMooVit merupakan syarikat yang memfokuskan kepada perisian pemanduan berautonomi dengan tumpuan utama kepada penyelesaian didalam sektor pengangkutan awam.

Laluan Sunway dipilih sebagai lokasi bukti konsep (Proof of Concept – POC) projek ini kerana ianya mempunyai persekitaran yang terkawal tanpa masalah trafik daripada kenderaan lain.

“Aspek keselamatan pengguna serta kakitangan kami telah mendorong Rapid Bus untuk menjadikan BRT Laluan Sunway sebagai lokasi pilihan, selain dapat memudahkan proses mengawal selia percubaan teknologi ini,” tambah Yazurin lagi.

Language:

Search