Search
Close this search box.

_

TAMBANG PERCUMA SEBULAN RAPID KL DIAKTIFKAN

  • Muat Turun Aplikasi MyRapid PULSE Bagi Menikmati Rapid KL 30 Day Free Ride (RKLFR)

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Tambang percuma pengangkutan awam di kesemua rangkaian bas dan rel Rapid KL telah diaktifkan, serentak dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 semalam.

Ia adalah salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat disamping mempromosikan penggunaan pengangkutan awam. Tambang percuma ini ditawarkan mulai 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.

MUAT TURUN MYRAPID PULSE

Bagi menebus tambang percuma:

1. Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi MyRapid PULSE yang tersedia di dalam Google Play atau Apple Store, dan mendaftar akaun serta mengisi maklumat menerusi borang yang disediakan. Setelah borang dilengkapkan, pengguna hanya perlu membuat tangkapan skrin dan menunjukkannya kepada pegawai di stesen ketika melalui gantri untuk ke landasan rel atau apabila menaiki bas.

2. Borang turut disediakan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih, di dalam bas dan boleh juga dimuat turun menerusi laman web dan platform media sosial Rapid KL. Pengguna perlu mengambil gambar atau bahagian atas borang yang telah lengkap untuk menikmati RKLFR.

3. Kad TouchN’Go masih perlu disentuh seperti biasa untuk keluar dan masuk. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan.

PEMEGANG PAS MY50

Bagi para penumpang yang melanggan pas perjalanan tanpa had My50, jika mereka telah membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022:

1. Tebus 30 hari tambang percuma selepas pas tamat

2. Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 – 25 Julai 2022

3. Sebaiknya bawa resit sebagai pengesahan pembelian

Manakala, jika pas My50 pengguna akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 14 Julai 2022, tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas dan diaktifkan serta merta sehari selepas pas tamat.

Pengguna mesti memastikan nilai simpanan minimum RM5.00 dikekalkan dalam pas My50, kad Touch ‘N Go dan kad konsesi mereka.

PENGGUNAAN TOKEN

Bagi pengguna yang tidak mempunyai kad TouchN’Go atau sebarang pas, mereka boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan dengan mengisi maklumat menerusi aplikasi MyRapid PULSE atau borang yang disediakan sebelum memasuki stesen.

Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat berkaitan pakej penawaran tambang percuma ini boleh didapati di laman web myrapid.com.my dan platform media sosial Rapid KL.

Rapid KL menyeru seluruh Keluarga Malaysia khususnya mereka yang belum pernah menaiki pengangkutan awam agar mengambil peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren dan bas Rapid KL.

Perjalanan dipermudahkan dengan aplikasi mudah alih MyRapid PULSE yang menyediakan mempunyai beberapa fungsi penting bagi seperti Perancang Perjalanan, penjejak waktu ketibaan masa sebenar atau Real Time ETA untuk perkhidmatan bas, Paparan Notifikasi atau Push Notifications dan Kalkulator Tambang.

MyRapid PULSE turut memaparkan peta stesen-stesen tren dan bas dan tempat-tempat menarik di persekitarannya seperti pusat membeli-belah, tempat makan, minum dan santai serta tarikan pelancong bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan dan aktiviti mereka.

Bagi keselesaan pengguna, Rapid KL turut menggalakkan warga kota yang ingin menikmati tambang percuma untuk tujuan santai agar merancang perjalanan pada waktu luar puncak bagi mengelakan kesesakan di stesen dan platform.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App