Search
Close this search box.

_

STESEN MRT TAMAN MUTIARA KEMBALI DIBUKA MULAI JAM 6.00 PAGI ESOK

KUALA LUMPUR, 14 April 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) ingin memaklumkan bahawa Stesen MRT Taman Mutiara yang ditutup sementara mulai jam 5.00 petang tadi, akan kembali dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai jam 6.00 pagi esok (15 April 2024).

Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan MRT di stesen berkenaan seperti biasa namun skrin paparan maklumat ketibaan tren tidak berfungsi buat sementara waktu.

Jadual perkhidmatan MRT Laluan Kajang beroperasi seperti biasa dengan kekerapan tren pada waktu puncak pagi dan petang adalah 5 minit; dan 10 minit bagi waktu luar puncak.

Pihak Rapid Rail memohon maaf diatas kesulitan yang dialami oleh penumpang-penumpang yang terjejas. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami menerusi platform media sosial Rapid KL atau talian khidmat bantuan kami di 03-78852585.

Language:

Search