Search
Close this search box.

_

RAPID RAIL SASAR PENINGKATAN 70% PENUMPANG MENJELANG AKHIR TAHUN

KUALA LUMPUR, 1 April – Rapid Rail Sdn Bhd selaku pengendali kepada perkhidmatan LRT, MRT, dan Monorel Kuala Lumpur, yakin bahawa warga kota akan kembali menggunakan pengangkutan awam sebagai mod pilihan utama untuk ke tempat kerja dan sebagainya. 

Keyakinan ini bersandarkan kepada peralihan negara ke fasa endemik yang bermula hari ini. Setakat semalam, jumlah pengguna rel kendalian Rapid Rail telah melebihi 360,000 penumpang dan angka ini terus meningkat secara signifikan selaras dengan pembukaan semula sektor ekonomi dan sempadan antarabangsa. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, En Amir Hamdan, berkata Rapid Rail menyasarkan peningkatan jumlah penumpang sehingga 70% daripada pra-covid iaitu sebanyak 560,000 penumpang menjelang hujung tahun. 

Bagi menyokong pertambahan penumpang, semua frekuensi rel pada hari bekerja dan hujung minggu akan ditingkatkan mulai hari ini bagi menampung kapasiti dan keselesaan pengguna. 

“Kita juga akan memanjangkan waktu puncak petang sepanjang bulan Ramadhan dari pukul 4.00 petang hingga 7.00 malam; berbanding pukul 5.00 petang hingga 7.30 malam. 

Ini bagi memberi peluang dan kemudahan kepada penumpang yang ingin mendapatkan juadah atau membuat persiapan berbuka puasa bersama keluarga di rumah,” katanya pada sesi tinjauan bersama media di LRT KL Sentral dan LRT Masjid Jamek. 

Rapid Rail ingin menyeru kepada warga kota yang menggunakan perkhidmatan rel setiap hari untuk mendapatkan pas perjalanan tanpa had My50 bagi menikmati lebih penjimatan. 

My50 adalah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, MRT dan bas Rapid KL. Penumpang boleh membeli My50 di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL. 

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App