Search
Close this search box.

_

RAPID RAIL BEKERJASAMA DENGAN POLIS BAGI MENGESAN SUSPEK INSIDEN DI STESEN LRT MALURI

Suspek Disyaki Mengalami Masalah Mental

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2023 – Seorang lelaki yang disyaki mengalami gangguan mental telah bertindak agresif menceroboh trek LRT dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri pada 28 Julai 2023.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.58 pagi, melibatkan seorang lelaki telah bertindak melulu menceroboh trek LRT menerusi platform 1 ke platform 2.

Suspek kemudian telah cuba mencabul salah seorang wanita yang sedang menunggu tren di platform tersebut.

Ketika kejadian, anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas turun ke bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

Orang awam yang melihat kejadian telah berjaya membantu meleraikan mangsa dari suspek, tetapi tidak berjaya diberkas kerana tindakan beliau yang sangat agresif. Suspek sekali lagi bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen. Suspek telah meloloskan diri dari stesen tersebut pada jam 8.05 pagi.

Mangsa dan saksi telah dibawa oleh anggota Polis ke balai polis bagi tindakan selanjutnya.

Pasukan Polis Bantuan Prasarana berkerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyiasat dan mengesan sehingga tertangkapnya suspek.

Rapid Rail kesal dengan kejadian yang berlaku dan tindakan segera telah diambil dengan menambah anggota polis bantuan di stesen-stesen untuk meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App