Search
Close this search box.

_

RAPID KL TERUS BEROPERASI DARI 6 PAGI HINGGA 12 TENGAH MALAM

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan terus beroperasi daripada pukul 6 pagi hingga tengah malam; tetapi dengan kekerapan yang akan disesuaikan mengikut permintaan semasa selaras dengan pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (#PKPB) untuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang diumumkan kerajaan.

“Operasi ini meliputi perkhidmatan rel urban LRT, MRT dan monorel; serta perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan bas perantara Jom Naik MRT,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Prasarana hari ini.

“Pihak kami akan memantau dengan rapi dengan keadaan aliran penumpang esok dan mengimbangi kapasiti dan permintaan semasa dalam menentukan kekerapan tren dan bas untuk esok dan hari-hari berikutnya.

“Prasarana akan mengeluarkan kenyataan media susulan Jumaat ini bagi memaklumkan maklumat terkini berdasarkan aliran penumpang pada hari esok,” tambah kenyataan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-78852585 atau layari laman sesawang ww.myrapid.com.my serta ikuti platform media sosial kami di Facebook @myrapid dan twitter @AskRapidKL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App