Search
Close this search box.

_

RAPID KL SARAN PENYOKONG HARIMAU MALAYA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM KE STADIUM BUKIT JALILĀ 

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Sehingga Jam 12.30 Tengah MalamĀ 

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2023 ā€“ Bagi menyemarakkan lagi semangat sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang bakal berlangsung pada hari Jumaat, 13 Oktober 2023, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/ Sri Petaling akan melanjutkan waktu operasi di Stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 12.30 tengah malam Sabtu.Ā 

Serentak dengan itu, waktu operasi bagi stesen-stesen integrasi juga akan dilanjutkan. Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa. Penumpang boleh keluar di stesen-stesen tersebut bagi meneruskan perjalanan ke destinasi akhir. 

Rapid KL menasihatkan agar para penyokong menggunakan kad Touch ā€˜n Go (TnG) dan memastikan baki pada kad adalah mencukupi atau membeli token perjalanan pulang lebih awal bagi kelancaran perjalanan pergi dan balik. 

Penyokong disaran agar menggunakan fasiliti ā€˜Park N Rideā€™ di stesen-stesen rel terpilih bagi memudahkan perjalanan tanpa perlu menempuh kesesakan trafik serta kesulitan dalam mencari parkir di kawasan stadium. Sila gunakan kad TnG yang sama bagi mendapatkan kadar rata bagi bayaran parkir. 

Inisiatif lanjutan perkhidmatan ini adalah sebagai tanda sokongan Rapid KL terhadap pasukan negara serta para penyokong Harimau Malaya dalam memastikan kemudahan pengangkutan awam tersedia bagi mengurangkan kesesakan kenderaan di sekitar kawasan stadium pada hari perlawanan nanti. 

Sila layari Twitter dan Facebook MyRapidKL atau layari laman web www.myrapid.com.my untuk maklumat lebih lanjut. 

Language:

Search