Search
Close this search box.

_

RAPID KL KEMBALI LAGI DENGAN BRT RUN 2023! 

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2023 – Prasarana Malaysia Berhad (“Prasarana”) akan menganjurkan BRT Run 2023 buat kali keempat pada 25 November 2023. Pada tahun ini, BRT Run 2023 mensasarkan penyertaan seramai 3,000 orang peserta. 

Acara tahunan Rapid KL ini akan membawa peserta-peserta merasai pengalaman menyertai larian malam atau night run di atas trek BRT Laluan Sunway di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya. BRT Run pada tahun ini akan menampilkan tema neon yang bakal memberikan pengalaman yang unik kepada para peserta. 

Selain mempromosikan aktiviti riadah dan gaya hidup sihat, acara ini dapat mempromosikan perkhidmatan bas elektrik BRT Sunway sebagai mod pengangkutan eko lestari. 

Kategori larian dan yuran penyertaan adalah seperti berikut: – 

 KATEGORI YURAN 
Larian 10km  • Warganegara Malaysia (Lelaki / Perempuan)  • Antarabangsa (Lelaki / Perempuan) RM65.00 
Larian Fun Run 5km  • Terbuka RM55.00 

 Pemenang kategori larian 10km bakal membawa pulang hadiah wang tunai, baucer membeli belah serta barangan Rapid KL yang menarik bernilai sehingga RM10,000.00. Bagi larian fun run 5km pula, penamat akan membawa pulang pingat penamat. 

Pendaftaran boleh dilakukan menerusi laman web https://raceroster.com/events/2023/80891/brt-run-2023. Daftar sekarang sehingga 15 Oktober untuk mendapatkan diskaun pelancaran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara BRT Run 2023 ini, sila layari laman web rasmi www.myrapid.com.my dan melalui saluran media sosial kami. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 November 2023.

Language:

Search