KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam diingatkan agar sentiasa bersama-sama menjaga fasiliti awam untuk kemudahan, keselesaan dan keselamatan semua demi kepentingan diri mereka sendiri.
“Adalah penting untuk kita menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan semua fasiliti dan kemudahan awam dijaga dengan baik demi kemudahan dan keselamatan semua orang,” kata Rapid KL dalam satu kenyataan hari ini.
“Bersama-sama kita menjadi warga kota berkelas dunia dan sentiasa mengamalkan budaya berhemah untuk kesejahteraan semua,” tambah kenyataan berkenaan yang dikeluarkan ekoran berlakunya penampalan poster di sekitar kawasan stesen dan tren hari ini untuk membantah cadangan mengadakan darurat bagi mencegah penularan COVID-19.