Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN REL DAN BAS KENDALIAN PRASARANA BEROPERASI BIASA SEPANJANG PKP 3.0

KUALA LUMPUR, 31 MEI – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengumumkan bahawa perkhidmatan tren dan bas kendalianya akan beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula pada 1 Jun ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Prasarana telah melaksanakan SOP yang lebih ketat bermula 25 Mei lalu dengan mengurangkan kapasiti penumpang bagi memastikan penjarakan fizikal di dalam tren dan bas.

“Penumpang Rapid KL dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi PULSE untuk memeriksa jadual- jadual terkini perjalanan bas dan rel manakala penumpang bas untuk Rapid Penang, Rapid Kuantan dan Rapid Kamunting disarankan menggunakan platform media sosial kendalian mereka,”demikian menurut satu kenyataan Prasarana.

Kekerapan bas pada waktu puncak adalah dikekalkan; dengan waktu puncak pagi ditetapkan antara 6 pagi hingga 10 pagi; dan kekerapan petang antara 4 petang hingga 8 malam. Kekerapan untuk waktu bukan puncak dikurangkan kepada 50 peratus; tetapi boleh berubah berdasarkan kepada permintaan.

Bagi perkhidmatan rel Rapid KL – LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang/Sri Petaling, MRT Laluan Kajang dan Monorel diselaraskan dengan kekerapan seperti berikut;

Kekerapan tren akan diubahsuai mengikut keperluan semasa operasi. Pengguna diminta patuh pada SOP yang telah ditetapkan dengan memakai pelitup separuh muka, mengimbas kod MySejahtera dan menyediakan surat pelepasan kerja sekiranya untuk tujuan pemeriksaan.

Visual terkini kekerapan bas dan tren seperti berikut:

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App