Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN RAPID MANJUNG DITERUSKAN BUAT MASA INI

KUALA LUMPUR, 30 Julai — Perkhidmatan bas Rapid Manjung, yang dikendalikan oleh Rapid Bus Sdn Bhd untuk pihak Berkuasa Pelaksanaan Wilayah Koridor Utara (NCIA), akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

Keputusan untuk meneruskan perkhidmatan tersebut dibuat selepas perbincangan antara NCIA  dan Rapid Bus pada hujung minggu lepas selepas mengambilkira kebajikan para pengguna di sekitar Manjung yang bergantung kepada perkhidmatan berkenaan untuk urusan harian mereka. 

NCIA, Rapid Bus, dan Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan mesyuarat bagi mencari jalan  penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak dalam perkara ini, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Rapid Bus. 

Mengenakan tambang yang nominal, perkhidmatan bas Rapid Manjung dilancarkan pada Mac  lepas dengan perkhidmatan merangkumi kawasan-kawasan awam seperti hospital, sekolah, pusat pengajian, terminal Jeti, masjid dan pusat beli-belah sekitar Manjung. 

Language:

Search