Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LRT LALUAN KELANA JAYA PULIH SEPENUHNYA PADA JAM 7.11 MALAM

Siasatan Menyeluruh Akan Dijalankan Selepas Tamat Waktu Operasi.

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2023 – Lanjutan daripada gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang berlaku pada jam 5.20 petang, operasi LRT telah kembali beroperasi secara normal pada jam 7.11 malam tadi.

Hasil siasatan awal mendapati, sistem isyarat yang tidak stabil telah menjejaskan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen LRT SS15 dan Stesen LRT Wawasan.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan malam ini selepas tamat waktu operasi bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan gangguan kepada sistem isyarat. Ini sebagai langkah pihak Rapid Rail untuk memastikan sistem kekal stabil.

Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna khususnya mereka yang dalam perjalanan untuk pulang dari tempat kerja. Kami amat menghargai kesabaran dan sokongan anda.

Language:

Search