Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LRT LALUAN AMPANG/SRI PETALING – PENGGANTUNGAN OPERASI ANTARA STESEN BANDARAYA DAN SENTUL TIMUR BERMULA 2 APRIL 2023

  • Perkhidmatan Bas Perantara Percuma LRT 11,13 dan 14 Diperkenal
  • Pengguna Disaran Guna Laluan Rel Altenatif

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 – Operasi perkhidmatan LRT di enam stesen LRT Laluan Ampang/Sri Petaling yang melibatkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan diberhentikan bermula 2 April 2023.

Ini kerana tren yang digunakan untuk perkhidmatan diantara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat lagi memenuhi kriteria pengoperasian yang telah ditetapkan dan terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.

Ianya adalah susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang telah menyebabkan tren tidak dapat kembali ke Depoh LRT di Ampang untuk menjalani kerja-kerja penyelenggaraan semenjak 27 Januari 2023.

Bagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang yang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan Bas Ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan Bas LRT 11 sedia ada.

Laluan perkhidmatan bas ini akan meliputi:

Perkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 ini akan beroperasi dengan jumlah bas sebanyak 40 buah dan kekerapan antara 10-15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Bermula 2 April 2023 juga, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah – LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek – LRT Bandaraya) akan ditamatkan.

Bagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang telah disediakan. Penguatkasaan akan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi memastikan laluan bas ini tidak disalahguna oleh kenderaan lain.

Penumpang – penumpang juga disarankan menggunakan laluan rel alternatif di mana penumpang yang ingin menuju ke Hang Tuah, boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa. Manakala penumpang yang ingin menuju ke Chan Sow Lin, boleh menaiki Laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.

Penumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan info terkini.

Anggota operasi rel, Polis Bantuan dan Troopers akan ditempatkan di stesen – stesen terlibat bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang – penumpang. Kami berterima kasih dan menghargai kesabaran penumpang – penumpang.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App