Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN LALUAN MONOREL KEMBALI BEROPERASI SEPENUHNYABERMULA JAM 5 PETANG INI

  • Perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara ditamatkan
  • Kekerapan tren kembali normal kepada 7 minit di waktu puncak

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2024 – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Laluan Monorel akan kembali beroperasi sepenuhnya bermula jam 5 petang ini.

Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak Rapid Rail dan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.

Pihak operasi dan jurutera struktur juga telah selesai menjalankan beberapa pemeriksaan menyeluruh dan terperinci mengikut piawaian keselamatan yang telah ditetapkan. Ini untuk memastikan struktur landasan stabil dan selamat untuk beroperasi.

Serentak dengan pengoperasian penuh semula Laluan Monorel, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara akan ditamatkan.

Kekerapan tren kembali normal dimana waktu puncak adalah setiap 7 minit, dan waktu luar puncak setiap 10 minit.

Rapid Rail ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan perkhidmatan Laluan Monorel kembali normal.

Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kesabaran semua pengguna perkhidmatan Laluan Monorel. 

Language:

Search