Search
Close this search box.

_

PERKHIDMATAN BAS PERANTARA T250 DI HUJUNG JARI ANDA

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2022 – Berita baik buat penduduk di sekitar Wangsa Maju dan Setapak! Perkhidmatan bukti konsep (Proof of Concept – POC) bas perantara On Demand Rapid KL x Kumpool bagi Laluan T250 akan memulakan operasi pada 3 Oktober 2022 sehingga 3 Januari 2023.

POC ini merupakan kolaborasi antara Rapid Bus Sdn Bhd (“Rapid Bus”) dan Handal Indah Sdn Bhd, pemilik Kumpool, sebuah aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru. “Kolaborasi strategik ini adalah inisiatif Rapid Bus dalam menyediakan kesalinghubungan first-last mile yang lebih menyeluruh kepada para pengguna perkhidmatan bas Rapid KL,” kata Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus.

Yazurin turut menyatakan, “Kelebihan utama perkhidmatan ini adalah penumpang boleh memilih waktu perjalanan mengikut kesesuaian waktu masing-masing. Para penumpang juga boleh merancang perjalanan dengan lebih efisyen, kerana mereka boleh memilih waktu tempahan dengan lebih mudah.”

Perkhidmatan ini menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah melalui aplikasi Kumpool. Dengan tambang pengenalan RM1.00, penumpang boleh membayar tambang menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My50, kad Touch n’ Go, serta Pas Keluarga Malaysia (yang hanya sah pada hujung minggu dan cuti umum).

“Kami sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Rapid KL kerana ia sejajar dengan objektif utama kami untuk menambah baik kesalinghubungan Bantuan Pertama dan Akhir (First-Last Mile Connectivity). Melalui kerjasama ini, kami menyasarkan untuk menambah baik liputan, memendekkan masa menunggu dan memudahkan perjalanan dari atau ke LRT Wangsa Maju.” kata Goh Chun Hean, Pengerusi Kumpool.

Bas perantara On Demand ini beroperasi setiap hari dari jam 6.30 pagi sehingga 11.30 malam. Selain itu, hentian yang tersedia juga lebih banyak dan tidak tertakluk kepada hentian bas Laluan T250 yang sedia ada di Wangsa Maju dan Setapak. Namun, perkhidmatan ini menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat kerana ia tidak perlu melalui kesemua hentian sekiranya tiada tempahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan POC Rapid KL x Kumpool ini, para penumpang boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web: www.myrapid.com.my.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App