Search
Close this search box.

_

PENJIMATAN LEBIH HEBAT! JOM NAIK SKIP STOP XPRESS

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2022 – Bermula 17 Oktober 2022 ini, perkhidmatan bas Skip Stop Xpress (LRT Ampang – Ampang Park – KLCC) yang telah bermula pada Mei 2022 lalu akan menawarkan harga tambang yang lebih murah. Untuk setiap perjalanan sehala, penumpang hanya perlu membayar RM1.10 berbanding RM1.90. 

Perkhidmatan yang masih di bawah bukti konsep (“Proof of Concept – POC”) ini juga akan disambung sehingga 30 Disember 2022. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, “Walaupun perkhidmatan ini hanya beroperasi pada waktu puncak pagi dan petang, Isnin hingga Jumaat, kami melihat peningkatan penumpang sebanyak 52% sejak beberapa bulan lepas. Ini membuktikan semakin ramai pengguna yang menerima dan percaya dengan perkhidmatan ini.” 

Dengan pengenalan tambang baharu ini, lebih ramai warga Ampang serta komuniti di sekitarnya mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan ini sebagai mod perjalanan untuk ke pusat bandar. 

Pengguna perkhidmatan ini dapat menikmati penjimatan yang lebih hebat untuk perjalanan mereka, tanpa perlu memikirkan kos-kos lain seperti petrol, parkir dan sebagainya. 

Hentian yang terhad turut menjadi tarikan bagi perkhidmatan ini. Selain dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas, rata-rata para penumpang yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan ini berpuas hati dengan penjimatan masa perjalanan mereka. 

Yazurin turut berkongsi bahawa pihak Rapid Bus sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan kepada perkhidmatan ini, untuk menjadikannya lebih menarik dan relevan kepada lebih ramai orang awam. 

Beliau menambah, “Kami berharap akan dapat berkongsi pengumuman positif yang lain pada minggu-minggu akan datang. Rapid Bus menyeru lebih ramai akan menggunakan perkhidmatan bas, supaya kesesakan jalanraya dan pengeluaran karbon dapat dikurangkan. Jom kita semua naik bas!” 

Language:

Search