Search
Close this search box.

_

PENAMATAN PERKHIDMATAN BAS RAPID KL LALUAN T751 

 Laluan Bas Smart Selangor SA04 alternatif buat pengguna 

KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2023 – Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid KL dan bas perantara MRT, ingin memaklumkan perkhidmatan bas Rapid KL laluan T751 (Seksyen 7, Shah Alam – UITM Shah Alam) akan ditamatkan mulai 28 Ogos 2023. 

Sebagai alternatif, pengguna laluan T751 boleh menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor laluan SA04 (Seksyen 17, Shah Alam – Hospital Shah Alam), dimana laluan ini juga melalui kawasan Pusat Komersial Seksyen 7 serta UITM Shah Alam. 

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi Selangor Intelligent Transport Systems (SITS) untuk mengetahui lokasi bas laluan Smart Selangor atau PULSE untuk laluan bas Rapid KL di Google Play dan App, serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://www.myrapid.com.my untuk maklumat terkini. 

Language:

Search