Search
Close this search box.

_

PENAMATAN PEMBUKTIAN KONSEP BAS PERANTARA ‘ON-DEMAND’ LALUAN T250

Kuala Lumpur, 31 Januari 2023 – Perkhidmatan bas perantara On-Demand T250 (Rapid KL x Kumpool) yang merupakan pembuktian konsep (Proof of Concept) untuk menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam di sekitar Wangsa Maju dan Setapak akan menamatkan perkhidmatannya pada 5 Februari 2023.

POC ini telah bermula pada 3 Oktober 2022 dengan menggunakan konsep perkongsian perjalanan (ride sharing) dimana tempahan bagi perkhidmatan ini adalah melalui aplikasi Kumpool.

Konsep yang memudahkan para penumpang membuat tempahan mengikut kesesuaian masa mereka ini telah mendapat penerimaan yang baik daripada pengguna semenjak ia diperkenalkan.

Melalui POC tersebut, kami mendapati perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang memberansangkan dan kadar penumpang harian meningkat setiap bulan sepanjang tempoh POC. Jumlah keseluruhan penumpang yang telah menggunakan perkhidmatan ini sepanjang tempoh 4 bulan adalah 26,813 orang dengan purata 291 orang pada setiap hari.

Rapid Bus merancang untuk mewujudkan pembuktian konsep yang sama di lokasi-lokasi lain terutamanya di kawasan yang mempunyai purata pengguna perkhidmatan bas yang rendah.

Berdasarkan temuan daripada POC di Wangsa Maju, POC seterusnya akan dilaksanakan di kawasan Alam Megah, Shah Alam dalam masa terdekat. Ini bagi mengumpul data yang lebih banyak sebelum konsep ride sharing ini diperkenalkan secara rasmi sebagai salah satu perkhidmatan Rapid KL.

Perkhidmatan bas laluan T250 yang menghubungkan LRT Wangsa Maju ke Setapak Central masih lagi beroperasi seperti biasa setelah POC ini ditamatkan.

Pihak Rapid Bus mengucapkan terima kasih kepada para pengguna perkhidmatan bas perantara On-Demand T250 ini. Sokongan serta maklum balas yang diterima akan digunakan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Language:

Search