Search
Close this search box.

_

News: Rapid Bus Akan Perkenal Lorong Bas di Jalan Klang Lama Bermula 15 Ogos 2024

• Projek lorong bas ketiga untuk perkhidmatan bas Rapid KL dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
• Penjimatan masa perjalanan sehingga 10 minit dari Kinrara ke Pusat Bandaraya

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2024 – Bermula 15 Ogos 2024, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid KL dan bas perantara MRT, akan melancarkan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lorong bas sepanjang 6.37 kilometer ini akan bermula dari Jalan Puchong ke Jalan Klang Lama Off Jalan Halimahton dan merupakan projek lorong bas ketiga buat Rapid KL.

Projek ini dijangka dapat membantu mengurangkan masa perjalanan serta kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit, dan memberi penjimatan masa perjalanan sehingga 10 minit dari Kinrara ke arah Pusat Bandaraya.

En. Muhammad Yazurin Sallij, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus berkata, “Semenjak pelaksanaan lorong bas di koridor Jalan Ampang dan koridor Jalan Genting Kelang pada tahun 2023, pihak Rapid Bus telah mencatatkan peningkatan penumpang masing-masing sebanyak 27% dan 42%. Kami berharap manfaat kelancaran perkhidmatan dan penjimatan masa akan dapat terus menarik minat orang ramai untuk beralih menggunakan pengangkutan bas.”

Ianya akan melibatkan 42 buah bas dari enam (6) laluan seperti berikut: –

1. 600: Hab Puchong Utama – Hab Pasar Seni
2. 640: Hab Seri Manja – Hab Pasar Seni
3. 650: Taman Desa – Hab Pasar Seni
4. 641: Pearl Point – LRT Subang Jaya
5. 651: Pearl Point – LRT Muhibbah
6. 652: Batu 3 Jalan Klang Lama, BHP – LRT Awan Besar

Para penumpang yang menggunakan laluan-laluan tersebut tidak hanya terhad untuk ke destinasi di hentian-hentian bas ini sahaja. Mereka boleh meneruskan perjalanan lebih jauh dengan kesalinghubungan yang boleh mereka nikmati termasuk: –

• Hab Pasar Seni: menaiki LRT Laluan Kelana Jaya untuk ke Putra Heights atauGombak, dengan menaiki MRT Laluan Kajang untuk ke Kajang mahupun Kwasa Damansara, dengan menggunakan perkhidmatan bas GoKL
• LRT Subang Jaya: meneruskan perjalanan ke Putra Heights atau Gombakdengan menaiki LRT Laluan Kelana Jaya
• LRT Muhibbah / LRT Awan Besar: meneruskan perjalanan ke Putra Heightsatau Sentul Timur dengan menaiki LRT Laluan Sri Petaling.

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store bagi merancang perjalanan, aplikasi Google Maps untuk mengetahui lokasi bas serta layari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat terkini.

Language:

Search
Rate Our Services

Bus, Rail or Station Performance (Rapid KL, Rapid Penang, Rapid Kuantan)

Rate Our Retail Offerings

Our Retailers, Business Partner and Mobile App